MAKLUMAN KEPADA SEMUA PETENDER / KONTRAKTOR / PEMBEKAL

BERKAITAN PELAKSANAAN EMS ISO 14001:2004 & OHSAS 18001

 

Majlis Perbandaran Seberang Perai sedang melaksanakan ISO 14001:2004 (Environmental Management System) dan OHSAS 18001 (Occupational Health & Safety Management System). Oleh itu selaras dengan pelaksanaannya, petender/kontraktor/pembekal yang ingin memasuki tawaran/sebutharga perlu kompeten, berpengetahuan, berkelayakan dan mempunyai kesedaran pada kedua-dua bidang tersebut.

Kriteria kelayakan memasuki tawaran/sebutharga adalah ditentukan seperti 

berikut :- 

 

a)

Pengalaman

Kontraktor yang pernah melaksanakan kontrak/kerja dengan syarikat yang beriktirafan ISO 14001:2004 dan OHSAS dalam bidang atau jenis kontrak yang sama ditawarkan oleh MPSP. Bukti dokumen perlu disertakan (sila kemukakan bukti); atau

 

b)

Pengetahuan / Pendidikan

Pentender / Kontraktor / Pembekal pernah menghadiri kursus ISO 14001:2004 dan OHSAS dengan bukti sijil (sila kemukakan); atau

 

c)

Taklimat / Latihan

Kontraktor perlu menghadiri 'Taklimat atau Latihan Keperluan Pengurusan Alam Sekitar serta Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja' yang di anjurkan oleh MPSP. Sijil Latihan Dengan Jayanya akan dikeluarkan.

 

Taklimat dan Latihan di perenggan (c) di atas yang dianjurkan oleh MPSP adalah WAJIB bagi petender/kontraktor/pembekal yang tidak memenuhi kelayakan di perenggan (a) atau (b). Pentender / Kontraktor / Pembekal yang gagal menghadirinya, tawaran/sebutharga tidak akan dipertimbangkan.

Yuran pendaftaran tidak dikenakan dan sijil yang telah dikeluarkan sah sehingga 3 tahun dan boleh digunakan untuk memasuki mana-mana tawaran/sebutharga di Majlis Perbandaran Seberang Perai.