| Laman Utama | Mantan | Profil | Aktiviti | Pautan |

Pengumuman

Hari Ini

Muat Turun

Minit Mesyuarat

 

 

 

Hubungi Kami


PUSPANITA
   Majlis Perbandaran
   Seberang Perai
   Jalan Perda Utama
   Bandar Perda
   14000 Bukit Mertajam


   Telefon : 04-5497555
   Fax : 04-5389700
   Email :
   puspanitampsp@gmail.com
 



PERUTUSAN YBHG. DATIN HAJAH CHE LIMAH BINTI UJANG
PENGERUSI PUSPANITA MPSP
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersyukur kita kehadrat Allah sw.t kerana dengan limpah kurnia serta keizinan-Nya dapat kita terus mengorak langkah bagi meneruskan wadah perjuangan PUSPANITA MPSP bagi tahun 2017.

Keperluan berpersatuan adalah selari dengan kehendak kerajaan untuk melihat lebih ramai kaum wanita bangkit mengorak langkah menerajui tampuk pentadbiran setanding dengan kaum lelaki. Perkongsian ilmu sesama ahli, cetusan idea yang kreatif dan inovatif, serta semangat berpasukan yang tinggi yang ditonjolkan oleh ahli-ahli PUSPANITA sememangnya menjadi aset utama untuk diaplikasikan di dunia luar. Apa sahaja nilai positif di dalam persatuan adalah amat baik untuk diterapkan semasa waktu bekerja. Aktiviti PUSPANITA dapat membina nilai integriti yang mana merupakan satu ingredient yang paling penting dalam mencapai tadbir urus yang cemerlang dalam sesebuah organisasi khasnya MPSP. Begitu juga dengan persatuan, integriti itu adalah enjin penggerak dalam berpersatuan. Hal ini juga sejajar dengan tagline MPSP iaitu Kemampanan Adalah Komitmen Kami “Sustainability Is Our Commitment”. Saya juga berharap agar semua aktiviti dan program anjuran persatuan ini mampu memberi impak kepada semua ahli dari segi aspek pembangunan kendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.  Saya percaya dengan kerjasama dan pengembelingan tenaga semua ahli semua program/aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan efektif dan jayanya.  

PUSPANITA MPSP berinspirasikan Gender Mainstreaming sebagai kunci untuk memperkasakan peranan wanita yang mana ianya akan menghasilkan pembolehubah yang inklusif dan membawa kesan positif dalam mencapai kesaksamaan gender. Inspirasi ini adalah berdasarkan Sustainable Developments Goals (SDGs) and New Urban Agenda 2030 (NUA 2030): Knowledge Platform Number 5: Gender Equality – Achieve gender equality and empower all women and girls. PUSPANITA MPSP juga mendokong hasrat Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam pelaksanaan SDGs: Knowledge Platform Number 11: Sustainable Cities and Communities yang berteraskan untuk menjadi sebuah bandar yang berdaya tahan, selamat dan mampan. Sejajar dengan itu, dalam mencapai Knowledge Platform bagi SDGs dan NUA 2030 kerjasama dan komitmen semua perlu digarap dalam merealisasikan inspirasi tersebut yang bermatlamatkan No One Will Be Left Behind.

Saya sebagai Pengerusi PUSPANITA MPSP menyeru kepada barisan AJK Induk khasnya untuk terus memperkasakan dan mempelbagaikan penganjuran aktiviti PUSPANITA MPSP yang berbentuk education and awareness dalam pelbagai bidang yang boleh dipelopori. Secara tidak langsung PUSPANITA MPSP akan terus mengungguli aktiviti berpersatuan dan meraih kejayaan demi kejayaan bagi membina modal insan cemerlang yang boleh menyokong pembangunan negara. Selain daripada itu, dalam era informasi dan teknologi maklumat serta dunia tanpa sempadan masa kini, PUSPANITA MPSP perlu harus seiring dengan kemajuan teknologi ICT dan menggunakan Internet sebagai platform untuk membolehkan ahli PUSPANITA di seluruh pelusuk negara mencapai akses maklumat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.  

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar kita semua dapat memainkan peranan yang lebih holistik sebagai wanita yang mampu berdiri teguh mengharungi cabaran yang mendatang, selari dengan slogan PUSPANITA iaitu “Wanita Sepakat Negara Meningkat ”.

Sekian , terima kasih.

YBHG. DATIN HAJAH CHE LIMAH BINTI UJANG

PENGERUSI PUSPANITA

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

 

 

Paparan menarik menggunakan IE4 dan ke atas dengan 1024x768 piksel.

(C)Hakcipta Terpelihara 2003, Majlis Perbandaran Seberang Perai